Apple Gold 5 in 1 - skincare terbaru DCL.. sebelum ni DCL keluarkan Dlaila.. tapi semenjak dua menjak ni, ahli DCL terdiri dari latarbelakang yg agak tak kisah nak keluarkan duit @ byk duit, hehehe.. ye la.. sekarang yg joint DCL ni, mak datin, artis, golongan profesional, businesswoman yg berjaya.... mereka tak kisah nak spend duit byk, janji produk bagus.. maka mereka mengusulkan pada Dato Azlina supaya DCL mengeluarkan Skincare yg high quality.. bukan nak kata Dlaila tu low quality.. tapi Dlaila kan tak lengkap.. takde toner dan moisturiser.. jadi atas cadangan dan permintaan, DCL telah melantik Perunding Kecantikan DCL, Puan Syarifah Rasyidah yang memang berkelulusan dan kepakaran dalam bidang kecantikan untuk me... produk Apple Gold..
Puan Syarifah Rasyeeda yang saya kenal, memang seorang yang amat `perfectionist'. Saya pernah masuk grooming class yg dikendalikan oleh beliau dan beberapa kali lepak bersama bila ada function DCL.. memang seronok dapat dengar dia berceloteh pasal kecantikan.. korang jgn tak tau.. umur kak Shida (panggilan yg biasa saya gunakan) ni.. kalau korang tau, mesti terkejut pengsan.. dgn keadaan wajah yang `sempurna'.. gebu.. licin.. body yg solid.. korang mesti malu sendiri bila tau umur kak Shida adalah 47 tahun!!! jadi dapat tak korang bayangkan camana dia jaga badan..
Ok.. balik pada Apple Gold.. bila dah tau camana org yang bertanggungjawab memastikan Apple Gold ada dalam kualiti yang `high class'.. pasti kita akan excited nak tau camana hasilnya.. dan masa pelancaran Apple Gold 5 in 1.
Pada 30 Jun 2009, DCL telah mengadakan Workshop Apple Gold 5 in 1 dan menjemput Leader & BC DCL untuk taklimat.. akak pun mesti le datang kan... lepas Kak Shida memberikan penerangan lengkap tentang produk, beliau buat demo sekali.. dan masa tu dia cari sukarelawan le nak tlg dia buat facial utk model.. akak pun dgn macho naik ke pentas.. ahaks!
Lepas tu diajar step by step.. dari gunakan Facial Bar, toner, moisturiser, UV, Night Cream.. akak dgn patuhnya ikut le apa yg guru arahkan..
lepas abis buat facial tu.. akak pun duduk le menyambung mendengar taklimat.. korang tau apa jadi? hujung jari akak yg buat facial tu, rasa gebu gila.. ya rabbi.. korang bayangkan.. bila hujung jari yg tlg buat facial pun rasa gebu, bayangkan kalau sapu kat muka..
balik dari Taklimat tu, dgn gelojohnya akak sambar satu set.. dan memang superb beb!! Apple Gold ni guna teknologi Nano.. 100% akan terus meresap kat kulit..
Memperkenalkan.. yg tukang buat demo tu le i.. sukarela taw.
Set Apple Gold 5 Dalam 1, telah diformulasi khas untuk syarikat DCL oleh pakar dengan formula eksklusif berasaskan bahan mewah semulajadi dari ekstrak epal hijau, aloe vera, jojoba, kacang soya, timun, serbuk emas, bio-marine dan bahan-bahan anti penuaan yang dihasilkan dengan Teknologi Nano terkini. Teknologi Nano berkebolehan untuk memperhaluskan kandungan produk supaya menghasilkan penyerapan seratus-peratus. Dengan demikian kulit akan memperolehi kesan sepenuhnya dari produk tersebut.
Berkonsep ‘Beauty through Nature’, set Apple Gold ini menggabungkan Teknologi Nano terkini bersama bahan-bahan yang bermutu tinggi, suci dan semulajadi untuk menghasilkan produk bertaraf global yang memberi kesihatan kulit keseluruhannya (total skin wellness).
Apple Gold Skincare Set 5 Dalam 1 ini adalah set lengkap untuk kegunaan anda seharian. Penggunaannya setiap hari dengan cara yang betul dapat mencerahkan dan menegangkan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan serta mampu membuat kulit menjadi lembut, lembab dan bermaya. Ia juga dapat mengelakan kerosakan kulit daripada bahaya sinaran UV. Set Apple Gold ini sesuai diguna oleh semua jenis kulit kecuali yang mempunyai masalah akne, kulit yang sensitif dan berminyak keterlaluan.
PERINGATAN
Apple Gold Skin care Set 5 dalam 1 tidak boleh digunakan jika mempunyai masalah akne, kulit sensitif dan masalah kulit berminyak yang keterlaluan.
Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, sila cuba satu-persatu produk ini dibahagian dagu atau leher dan lihat kesannya dalam tempoh satu jam. Jika kulit anda bengkak, gatal keterlaluan atau kemerahan, anda menghadapi alahan dengan set ini dan tidak digalakan untuk menggunakannya.
Produk ini tidak sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami alahan pada makanan laut.
Penggunaan produk ini mungkin menyebabkan sedikit kegatalan atau pengelupasan. Ini disebabkan oleh tindak balas asid malik sejenis AHA.
Set ini disyorkan kepada anda yang berumur 25 tahun ke atas. Bagi yang berumur bawah dari 25 tahun, elakkan dari mengguna Apple Gold Night Cream.
APPLE BAR
APPLE FACIAL TONER
Membersihkan sisa-sisa kotoran pada wajah. Mengimbangi pH dan warna kulit dan mengecilkan pori-pori. Menghidrat dan menyegarkan
APPLE MOISTURIZER
Mengekalkan kelembapan, mencerahkan dan menegangkan kulit. Membantu mengatasi tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan kulit kendur .
APPLE UV PROTECTION CREAM
Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB yang menyebabkan penuaan sebelum masa. Krim ini melicinkan kulit dan adalah sangat berkesan sebagai asas makeup.
APPLE NIGHT CREAM
Menegangkan kulit, megurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, pori-pori terbuka, kulit kendur dan pigmentasi. Berkesan untuk mencerahkan kulit dan meningkatkan kesihatan sel-sel kulit. Mempermuda dan
memperbaiki kulit ketika anda tidur.
Code: FB-004
WM: RM398.00 | EM: 428.00 | BRU: $210.00 | S'PORE: $210.00
